Daisypath Friendship tickers

Sunday, September 15, 2013

Soalnya Tentang Itu

dalam aku melayari muka buku
tertarik aku pada status itu
soalan diutarakan seperti yang berikut

apakah kalian akan mengikut
adat dan budaya perkahwinan
yang semegah dan diidamkan??
bagaimana pula dengan calon menantu suami atau isteri yang dipilih??
rancaknya bila berbicara soal jodoh

berfikir sejenak
kadang si anak ingin seringkas akad nikahnya sahaja
namun si ibu ingin majlis gah indah kek tiga tingkat
untuk apa?
untuk menjamu ratusan malah mungkin ribuan mata yang hadir?

benar,
ibu dan ayah ingin yang terbaik untuk anaknya
siapa mau menantu yang tidak2 untuk sang anak
itu sudah jelas
tak perlu bersuluh kerana ia suda terang dan nyata

terimalah seadanya dia
pentingnya dia elok cukup sifat hati budinya
mampu menanggung keluarga seadanya

tidak perlu harta berjuta juta
andai sengkek hati budinya
tidak perlu majlis segah diraja
andai  kelak papa hidupnya

cukuplah yang biasa biasa saja
jika itu sudah cukup membahagiakan

sebenarnya jawapanku cuma ini
hanya pandangan dan redha Allah
jauhhh jauh lebih penting diutamakan.

No comments:

Post a Comment